Aku dilahirkan di sebuah kilang di Kapar , Klang Selangor . Aku dijadikan berpasangan . Badanku diperbuat daripada kain yang berwarna hitam dan ungu . Tapakku pula dibuat daripada getah . Aku diberi nama ' Nike ' . Aku sangat diperlukan oleh murid - murid dan ahli sukan .
Setelah siap diposes , aku dihantar ke sebuah kedai kasut di Damansara dengan menaiki van . Setibanya di kedai , aku disusun di atas rak untuk dipamerkan . Aku berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan - kawan baruku .
Pada suatu hari , seorang remaja telah membeliku dengan harga RM 25 . 00 . Dan aku
telah dibawa pulang ke rumahnya .
Tuanku menggunakan aku setiap hari . Aku dijaga dengan baik oleh tuanku .
Semakin lama aku digunakan oleh tuanku badanku menjadi semakin rosak . Tuanku membeli kasut yang baru . Aku berasa sangat sedih dan aku telah dibuang ke dalam tong sampah .
TAMATLAH AKHIR RIWAYATKU