Jumaat, 13 Mei 2011
Haiwan Kesayangan Saya ( karangan sekolah )
Banyak haiwan jinak yang boleh dijadikan haiwan kesayangan . Antara haiwan yang jinak ialah kucing , arnab dan tikus belanda .
Saya mempunyai haiwan kesayangan . Haiwan kesayangan saya ialah kucing . Saya memberi nama kucing itu ialah Comel . Bulu Comel sangat lebat . Warna bulu Comel hitam kekuningan . Saya memelihara Comel sejak tiga tahun yang lepas .
Kucing peliharaan saya , pada asalnya dibeli di sebuah kedai kucing peliharaan yang berhampiran dengan rumah saya . Semasa di kedai saya melihat banyak kucing dijual di
situ . Saya amat tertarik dengan seekor kucing yang dijual di situ , lalu ayah terus membayarnya dengan harga RM300 kepada penjual kucing itu .
Setiap minggu , saya akan memandikan Comel . Saya juga memberi Comel makan makanan khas untuk kucing tiga kali sehari . Ibu saya juga menyediakan tempat khas untuk Comel . Setiap petang , saya akan melapangkan masa untuk bermain dengan Comel . Setiap kali saya memanggil namanya , Comel terus berlari ke arah saya .
Saya sangat menyayangi Comel . Saya akan menjaga Comel sehingga akhir hayatnya .
Langgan:
Catatan (Atom)